Malas

Malas.... memang itu je yang dpt dikatakan..serba serbi malas.. tapi nak!!! hehe... teruja bila tengok blogger-blogger yang aktif,rajin update blog, tapi aku???

Sejak domain www.misznadea.com expired, aku rasa macam dah tak reti nak berblogging, dah hilang arah... padahal ia bukan isu yang besar pun.. berlambak lagi domain yang ada...kan..

Tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas, namun tak seindah seperti tahun-tahun yang sebelum ni.. Namun aku bersyukur dengan semua yang diuji kepadaku.. Beban di kepala di hati di dada di mata di bahu hampir tak tertanggung, namun dikuatkan hati, dicekali jiwa untuk menghadapi semua rintangan dalam hidup..

Tahun ni tahun terakhir aku berada dlm era 20-an...Tahun depan makin mencabar.. Rasa masa bergerak pantas sangat.. Aku tak tahu apa akan terjadi dengan nasibku.. Namun aku berharap aku dapat membahagia kan ibu bapa..

Jodoh....satu soalan yang bermain di benak kepala, takut, sedih, semua ada...Sebagai anak sulung, tekanan ni amat terasa.. Perkahwinan je yang dapat membuatkan ibu bapaku bahagia, namun........ semuanya rahsia Allah swt, aku hanya mampu sabar menunggu dan tak putus berdoa.  Walaupun mereka tak bertanyakan kepadaku tapi aku tau.... aku tau apa yang diingini mereka..

Padam taip padam taip.... itulah yang berlaku malam ni.. Banyak mende nak ditaip dan sikongsikan namun ia tak semudah nak di luahkan... Sebelum merapu itu ini... better publish dulu post ni.. and tido...

haaa.. ada satu nak share.. frust sangat malam tadi.. first time nak try buat kek cheese guna cheesedale keping tpi tak jadi.... sebabnya gataiiiii buat cerdik... beria salin resepi, aleh2 p tambah itu ini.. dah tak jadi... membazir.. nak bagi gambor pun malu.. Nasib bek adik-adik and ma sudi makan jugak.. rasa sedap ngat rupa buruk.. hahahaha.. jgn dipandang luaran.. dalaman baikkkkk punye... hihihi nuniiiiteeeeee :-)

You Might Also Like

0 comments