Ditikam, tertikam atau menikam

Salam.. malam yang sunyi ini membawa aku untuk menjenguk buku diary yg telah ditinggal bersawang.
Sebelum ini ia menjadi teman aku yang paling setia. Namun aku telah biarkan ia dipenuhi lalang dan semak samun.
Hanya beberapa teman yang aku dah anggap dia special aku tinggalkan blog ini.
Bertemankan alunan zikir, menahan sebak  yang nak meletup di dada aku akhirnya membuka semula teman aku yang lama iaitu blog kesayanganku.
Sekali kawan selamanya teman. Itu yang slalunya terjadi dan ini kali pertama salah faham mencetus dalam istilah berkawan.


Aku manusia yang boleh masuk dengan sesiapa sahaja. Seteruk mana pun aku akan jaga hati mereka.
Aku sedih sebab satu kesilapan aku tak tahu dari aku atau salah faham. Kekadang akibat salah susun ayat boleh mencetus dan membabit.
Aku sedih.. ko lah orang yang aku jaga hatinya bila semua benci ko, bila semua memandang sinis terhadap ko, bila semua menyampah dekat ko, aku yang akan cuba sedaya upaya di depan ko utk jaga hati ko. Bila kami kluar reramai aku sanggup di bebel kerana ajak kau dan sanggup berjalan bersama kau kerana taknak bagi kau terasa tapi kini.. disebabkan salah faham dan hasutan semuanya berakhir.
Hari-hari terasa disembur dengan kata yang pedas di FB. Namun aku cuba bersihkan emosi aku dengan mengatakan ia bukan untuk ku..
Aku maafkan kau dan berharap kau juga begitu.
...................
Macam suci sangat apa yang aku buat ni kan. Letak semua masalah ni pd orang lain mungkin sapa tau aku punca masalah ini. Hmmm... takut.....
P/s : taknak jadi nadia yg dulu nak nadia yg skrg. Yang kuat menghadapi semua kesedihan.

You Might Also Like

0 comments