JODOH

Assalammualaikum... 

Dimalam yang sepi ini , aku terbawa oleh emosi sedih untuk menaip di blog yang sudah lama tidak.ku jenguk.

Aku sedih malam ini mengenangkan satu perkataan yang aku cuba sedaya upaya utk menelannya..untuk mengabaikannya..namun aku juga manusia yang lemah..sekuat mana ku sangkal..sekuat mana ku bertahan..aku tetap kalah..kalah dengan emosi aku..kalah dengan ketabahan aku..

JODOH....

Bila terfikirnya tentang jodoh, semestinya semua akan rasa takut..tertanya-tanya 1001 soalan..dimanakan dia..adakah jodoh itu..bila..bagaimana dia dtg..siapakah..semuanya di fikirkan.. sehingga kadang2 tak sedar air mata ni mengalir laju..



30 tahun... ya satu umur yang agAk lewat utk mendirikan rumah tangga..sewaktu diusia ni.. beribu soalan yang kena diatasi.. Tahukan kalian..setiap persoalan yang korang tanya itu..ia merobek hati kami.. sakitnya ati kami.. sedihnya kami.. dalam hati takda siapa yang tahu..

Namun demi hati yang takda siapa yang tahu..demi menyembunyikan rasa sedih, kami memberikan 1001 alasan, baik munasabah mahupun tidak akan ku tempis soalan2 itu..

Wahai sahabat..wahai ibu dan bapa..wahai saudara mara.. wahai semua yang bernama manusia.. tak boleh ke kalian tidak bertanya soalan2 itu.. sedangkan korang tau jodoh ajal semua tu di tangan tuhan.. tp kenapa push kami.. push kami sampai kami tak mampu nak berdiri..sampai kami bila siangnya kami setabah manusia namun di malam hari..kami rebah kebumi..


Wanita mana yang tak mau berumah tangga?? Wanita mana yang taknak zuriat..

Pernahkan kamu terfikir kenapa mereka tidak berkahwin??

Mungkin kah sejarah lama menghantui mereka..
Ditinggalkan kekasih yang tak tau menghargai..
Setia pada yang tak sudi..
Tidak dicintai kerana tidak cantik..
Tidak pernah tau apa itu cinta..
Bentuk fizikal..
Cinta tak direstui..

Tahukan kalian semua diatas tu dah cukup sakit utk kami sembunyikan.. inikan pula nak menjawap soalan2 kalian..


Aku sedih malam ni mengenangkan nasib temanku yang tak jauh beza dari aku..

Dia setia bersama seorang lelaki..  ia merupakan suami orang.. dia cuma nak menumpang kasih.. bukan nak musnahkan kehidupan insan lain.. bukan tak cuba mengelak tapi makin dielak makin kuat hubungan tu.. 

Namun di teruskan walau beribu hinaan ditempuhi.. dikuatkan diri untuk menempuhi semua ni. Ibu bapanya tidak menerima perhubungan ni.. pelbagai perkara dilakukan untuk hubungan ini tamat. Sehinggalah ibunya kenalkan dengan lelaki lain. Iaitu bekas kekasihnya..

Bekas kekasih yang pernah ditolak oleh ibu kini ibunya sendiri yang ingin menyatukan mereka.. hari demi hari.. si dia merasakan kesetiaan lelaki itu sehingga ia membuat keputusan utk berkahwin dan bersetuju jika lelaki itu ingin meminangnya.. 

Namun...hari ini menyaksikan sendiri bertapa remuknye hati dia..apabila lelaki itu tidak ingin utk mengahwininya.. merayu..memohon.. agar menerimanya..
Akhirnya menampakan sigadis itu terdesak sedangkan si lelaki dengan mudah memutuskan hubungannya..

Aku jadi sedih dan terfikir masalah ini sehingga membuatkan aku meluah disini. 

Aku mendengar keluhan si gadis.. mana pergi kekuatan dia.. mana pergi prinsip dan kesabaran dia..

Akhirnya dia mengatakan dia nak berkahwin mcm org lain.. dia pun nak mendirikan rumah tangga..dia xmau dimarahi ibu bapa.. dia tak mampu nak menjawap soalan2 orang..dia tak mampu nak menunggu..dia give up.. give up sehingga aku jugak tak mampu nak menenangkannya kerana aku faham apa dia rasa..

Aku cuma mampu menasihatinya agar terus berdoa kepada Allah supaya kita sabar dlm menanti jodoh yang tlh ditentukanNya insyaAllah...

😢😢😢😢😭😭😭😭😢😢😢😢😭😭😭😭

You Might Also Like

0 comments